Saturday, 17 June 2017

Porgram Tadarus Al-Quran

Allah S.W.T mengutus Nabi Muhammad S.A.W sebagai rahmatan lilalamin iaitu rahmat kepada sekalian alam. Kerasulan baginda S.A.W berbekalkan mukjizat yang paling agung iaitu al-Quran dengan tujuan penurunannya sebagai pedoman hidup kepada seluruh umat manusia. Melalui malaikat Jibril a.s, Nabi Muhammad S.A.W diajarkan membaca al-Quran (al-Buti, 1991).

Adapun al-Qur’an ialah qara’a yang mempunyai erti mengumpulkan dan menghimpun. Selain itu, disebut juga sebagai qira’ah beerti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata antara satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Al-Qur’an pada mulanya seperti qira’ah iaitu masdar (infinatif) dari kata qara’aqira’atan dan qur’anan (Manna’ Khalil al-Qattan, 1992).

Amalan membaca al-Quran merupakan suatu keperluan dan juga tanggung jawab secara fardhu ain kepada umat Islam untuk mahir membaca al-Quran, apatah lagi memahami dan mengamalkannya. Justeru itu, bukan sahaja isi al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia, malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan merupakan satu ibadat.

Justeru, sempena bulan ramadan yang mulia ini, program tadarus Al-Quran diadakan  di surau mengikut kelas dibimbing oleh guru tingkatan masing-masing.










No comments:

Post a Comment