SEJARAH






Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jenderis atau akronimnya SMKKJ diberi nama berdasarkan pokok jenderis yang ditemui di Kampung Kuala Jeneris. Sekolah ini telah dibina pada tahun 2002 dalam Rancangan Malaysia Ke-8 dengan peruntukan sebanyak RM16.8 juta. Dengan keluasan tanah sebanyak 20 ekar, sekolah ini mempunyai satu blok bangunan pentadbiran, tiga blok bilik darjah di samping satu blok Makmal Sains dan bilik-bilik khas, satu blok bengkel, satu blok kantin, sebuah bengkel mpv (menservis motosikal), sebuah surau dan sebuah dewan dengan kapasiti maksimumnya seramai 1500 orang murid. Lapan unit rumah guru juga telah dibina dan mula beroperasi pada akhir tahun 2010 untuk kemudahan warga pendidiknya. Pada tahun 2013,dua unit blok asrama dengan kapasiti 200 orang murid berserta dewan makan dan 4 unit rumah warden telah diserahkan kepada sekolah dan akan mula beroperasi pada awal tahun 2014. Pembinaan sekolah ini adalah bagi memenuhi keperluan institusi pendidikan dalam daerah Hulu Terengganu dan aspirasi masyarakat setempat.

SMK Kuala Jenderis terletak kira-kira 27 km dari bandar Kuala Berang, iaitu di pertengahan jalan   ke Pengkalan Gawi,Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Justeru, sekolah ini juga dikenali dengan gelaran Sekolah di bawah Tasik. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Jun 2005  dengan peruntukan bilangan kelas sebanyak 6 kelas, bilangan murid seramai 96 orang dan guru seramai 11 orang termasuk pengetua serta staf sokongan seramai 1 orang. Murid-muridnya terdiri daripada murid tingkatan 1 dan 2 dari SMK Matang yang tinggal di sekitar kawasan berhampiran.

Sebahagian besar murid-murid sekolah ini datangnya daripada sekolah-sekolah rendah yang berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Ping, Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh,  Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis, Sekolah Kebangsaan Padang Setebu dan Sekolah Kebangsaan Teris.




Senarai Pengetua :


Bil
Nama Pengetua
Tarikh Perkhidmatan
1
En. Ahmad Shukor bin Mansor
23 Ogos 2005 – 01 Januari 2008
2
Tuan Haji Kassim bin Abdullah
01 Januari 2008 – 15 Julai 2013
3
Pn. Hjh Roslina binti Mohd Razlan
01 September 2013 – 30 Mei 2015
4
En. Ismail bin Hassan
01 Jun 2015 – 16 Ogos 2016
5
En. Mohamad Rafi bin Omar
04 September 2016 – 16 Oktober 2017
6
Pn.Hjh. Esah binti Yusof
16 Oktober 2017 – 03 November 2018
7
Tn. Hj Tun Mohd Salim bin Tun Ibrahim
23 Disember 2018 - Sekarang