Assalamualaikum
Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam
kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dan seterusnya kaum keluarganya serta para
sahabat dan para tabiin seluruhnya. Alhamdulillah, bersyukur kehadratNya,
Jawatankuasa Manual
Pengurusan Sekolah telah
dapat merancang dan menyusun Manual Pengurusan Sekolah
bagi sesi 2022/2023 dengan jayanya.
Manual Pengurusan ini adalah satu dokumen yang sangat
penting kepada sekolah sebagai rujukan untuk
melaksanakan semua aktiviti yang dirancang . Dokumen ini juga menjadi
landasan kepada semua program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.
Perancangan yang teliti
dan relevan akan menjana kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Matlamat
dan objektif
akan dapat dicapai hasil daripada perancangan yang bijak dan teratur.
Kerjasama dan komitmen daripada warga sekolah,
komuniti
dan rakan strategik dapat merealisasikan impian SMK Kuala Jenderis.
Cabaran bagi tahun 2022
amatlah besar, cabaran kita bukan sahaja untuk merealisasikan misi dan visi
sekolah tetapi , dalam masa yang sama kita terpaksa mendepani cabaran dan hala
tuju pendidikan dalam fasa Pendemik Convid-19. Justru ianya bukan sahaja
menuntut komitmen yang tinggi
dalam kita melaksanakan tanggungjawab tetapi ia turut menuntut kita melaksanakan
perubahan yang berlaku secara mendadak dan perubahan ini berlaku hampir saban
hari.
Kita sebagai warga
pendidik perlu sentiasa memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran
bagi mendepani segala cabaran mendatang.Dalam hal ini , warga SMKKJ perlu
bekerja sebagai satu pasukan bermula dari peringkat panitia masing-masing
sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki
oleh individu seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan semaksimun mungkin untuk
meningkatkan mutu pendidikan negara. Secara tidak lansung , hal ini akan dapt
membentuk warga SMKKJ yang berketerampilan , profesional , berkualiti dan
beretika.
Marilah kita tuluskan
niat dan tekad kita untuk mencatat Sejarah Kegemilangan kita sendiri .Sikap
jujur , amanah , bersungguh-sungguh , komited dengan tugas serta pupukan
semangat bekerja sebagai satu pasukan dan bergerak kerana Allah adalah
ciri-ciri budaya kerja yang bukan sahaja mendapat ganjaran di dunia lebih-lebih
lagi di akhirat.
Rasa kesepunyaan dan
kebertanggungjawapan dalam pelaksanaan
setiap program harus tersemat di hati setiap warga sekolah. Yakinlah kajayaan
dalam membentuk kemenjadian murid bakal terserlah dengan semangat yang tak
pernah kenal lelah.
Saya
mengambil kesempatan ini
untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada jawatankuasa yang
terlibat dalam menghasilkan Manual Pengurusan Sekolah ini. Marilah kita
memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita
lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua.
No comments:
Post a Comment